PERMAINAN video dalam talian lebih lancar dengan YES 4G.
PERMAINAN video dalam talian lebih lancar dengan YES 4G.
Muhammad Saufi Hassan


PERMAINAN video dalam talian dan jaringan Internet sememangnya saling berkait rapat.

Andai sambungan Internet sentiasa dalam keadaan baik dan laju, ia bagaikan satu bonus buat kaki game.

Jika sebaliknya, ia bagaikan mimpi buruk sekali gus mengundang kekecewaan buat pemain terutama apabila

sedang dalam perlawanan yang ‘genting’.

Justeru, penyelesaian masalah kepada si kaki game yang selalu menghadapi masalah gangguan Internet serta senjata utama untuk terus menang dalam permainan adalah YES 4G.

Dengan rangkaian pelan yang epik daripada YES 4G iaitu ‘YES Konfem 4G Konfem Unlimited’ anda bukan saja boleh bermain permainan video dengan lebih lancar, tetapi juga bebas menggunakan Internet walau di mana berada.

Rangkaian YES 4G oleh YTL Communications adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menggunakan rangkaian 4G sepenuhnya sekali gus memberikan liputan meluas kepada pelanggannya.

Pengguna juga boleh melayari Internet dengan aman dan selamat seterusnya merasai ‘Kehidupan Yang

Epik’ yang ditawarkan rangkaian ini.

Dengan liputan yang meluas, ia juga secara tidak langsung dapat menutup jurang antara luar bandar dan bandar.

YES 4G adalah sahabat epik untuk kaki game kerana rendah latensi dan kelajuan serta ketersediaan 4G di seluruh negara membolehkan pengguna menggunakan Data 4G tanpa had untuk kegunaan mudah alih mereka.

Lebih menarik, pengguna bebas menggunakan data 4G tanpa had daripada hanya RM1 sehari. Jadi, jika ingin tetap berhubung dengan Internet walau di mana berada, #TukarKeYES hari ini!. Maklumat lanjut, layari https://www.yes.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 12:35 PM