ANTARA kawasan yang dilanda banjir kilat. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Hujan lebat selama tiga jam bermula 7 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Port Dickson dilanda banjir kilat.

Antara kawasan dinaiki air adalah sekitar Bandar Port Dickson, Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson dan persimpangan lampu isyarat Batu 6, Sunggala Gate.

Beberapa pengguna jalan raya turut terperangkap dalam kesesakan dan beberapa kenderaan rosak.

K Murali, 45, berkata, dia memandu kereta dan panik apabila terperangkap dalam banjir di persimpangan lampu isyarat Batu 6, Sunggala Gate, menyebabkan dia keluar menyelamatkan diri.

"Air naik mendadak sehingga 0.5 meter menyebabkan saya dan orang ramai terperangkap. Ada kereta yang terperangkap mengalami kerosakan dan terpaksa ditolak," katanya.

Banjir kembali surut pada 11 pagi tadi.

Masalah peparitan dan longkang tersumbat dipercayai menjadi punca kawasan terbabit dinaiki air secara mendadak sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 4:18 PM