FRANCE'S forward Dimitri Payet celebrates after scoring the 2-1 during the Euro 2016 group A football match between France and Romania at Stade de France, in Saint-Denis, north of Paris. FOTO AFP
FRANCE'S forward Dimitri Payet celebrates after scoring the 2-1 during the Euro 2016 group A football match between France and Romania at Stade de France, in Saint-Denis, north of Paris. FOTO AFP


DIMITRI Payet meninggalkan padang bergenang air mata selepas menjaringkan gol di minit akhir perlawanan yang memberi kemenangan 2-1, Perancis ke atas Romania.

“Tekanan sangat hebat sejak mula saya berada dalam skuad ini. Emosi sedemikian sebenarnya menghasilkan gol. Saya puas,” kata Payet.

Pemain berusia 29 tahun itu mendapat tempat dalam skuad utama kali ini selepas musim cemerlang bersama skuad Liga Perdana Inggeris, West Ham United.

Kelincahan Payet sepanjang perlawanan itu turut terserlah apabila menjadi punca kepada gol pembukaan perlawanan oleh Olivier Giroud.

Payet membawa Perancis di depan pada minit ke-89 apabila melakukan rembatan yang melengkung pada jarak 25 meter dari gawang lawan.

Payet kemudian meninggalkan padang dan kelihatan menangis dan diberi tepukan gemuruh penyokong di Stade de France.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Payet mendapatkan anak lelakinya.

“Pada awal musim, ramai sukar untuk menerima kenyataan saya berada dalam skuad ini. Saya bekerja keras sebenarnya untuk sampai ke tahap ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2016 @ 10:51 AM