Ronaldo
Ronaldo
Agensi

London: Cristiano Ronaldo kini menjadi atlet berpendapatan paling tinggi di dunia selepas meraih pendapatan £61 juta (RM358 juta) tahun lalu.

Bintang bola sepak itu mengalahkan peninju Floyd Mayweather Jnr yang sudah sekian lama menduduki tangga teratas.

Peninju itu yang sudah bersara, meninju sekali sahaja tahun lalu, memperoleh pendapatan £30 juta (RM176 juta).

Kebanyakan pendapatan Ronaldo datang dari bayaran bermain dengan pasukan bola sepak Real Madrid dan iklan, termasuk dengan Nike, syarikat pembuat jam Tag Heuer dan kumpulan pengeluar makanan tambahan, Herbalife yang bernilai £22 juta (RM129 juta).

Pesaingnya, Lionel Messi, menduduki tangga kedua dengan pendapatan £56 juta (RM329 juta) pada 2015/16.

Ini kali pertama sejak 2001 atlet selain Mayweather Jnr atau pemain golf Tiger Woods menduduki tangga teratas liga pendapatan atlet.

Woods yang tidak memenangi sebarang kejohanan sejak 2013 masih meraih pendapatan £31 juta (RM182 juta) menerusi iklan, meletakkannya di tangga ke-12 ahli sukan berpendapatan paling tinggi.

Mayweather hanya menduduki tempat ke-16. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 7:25 AM