Senarai pendapatan 10 atlet berpendapatan tinggi dunia. GRAFIK DAILY MAIL
Senarai pendapatan 10 atlet berpendapatan tinggi dunia. GRAFIK DAILY MAIL
Ronaldo (kanan) atasi pendapatan LeBron dan Messi. FOTO EPA/REUTERS/NBA
Ronaldo (kanan) atasi pendapatan LeBron dan Messi. FOTO EPA/REUTERS/NBA
Daily Mail

PEMAIN lincah Real Madrid Cristiano Ronaldo kekal teratas selaku atlet meraih pendapatan tertinggi dunia.

Angka dikeluarkan oleh Forbes menerusi senarai terbaru 100 atlet antarabangsa menerima pendapatan tertinggi.

Dengan pendapatan sebanyak £71.8 juta (RM397j) setahun, pemain berusia 32 tahun Portugal itu mendahului carta pendapatan bagi tahun kedua berturut turut.

Sebelum Ronaldo dua bintang sukan berpendapatan tertinggi adalah Tiger Woods atau Floyd Mayweather yang bertakhta selama 15 tahun.

Woods sekarang berada ranking ke-17 sementara Mayweather tidak tersenarai kerana tidak bertarung di gelanggang tinju sejak 12 bulan lalu.

Syarat penyenaraian 2017 paling tinggi iaitu pada £16.5j (RM91 juta) iaitu meningkat £463,000 (RM2.6 juta) berbanding sebelum ini.

“Dengan kontrak televisyen yang besar mencetuskan peningkatan pendapatan dalam kalangan pasukan sukan menyebabkan syarat kemasukan 100 atlet lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Apapun persaraan beberapa beberapa nama seperti Peyton Manning dan Kobe Bryant menjejaskan pendapatan penajaan tahun ini,' kata editor kanan Forbes Media Kurt Badenhausen.

Senarai atlet elit menampilkan 11 jenis sukan berbeza.

Bola keranjang menguasai carta dengan penyenaraian 32 pemain NBA berada dalam kalangan 100, meningkat 18 pada 2016, diikuti pemain besbol dengan 22 pemain, bola sepak Amerika 15 dan bola sepak dengan 9.

Terdapat 21 negara mewakili Atlet Berpendapatan Tinggi dengan Amerika Syarikat (63) dengan pendapatan tinggi menerusi bola keranjang, bola sepak dan besbol.

Enam pemain Britain berada dalam Top 100 diketuai pemain golf Rory McIlroy di tempat ke-6 dengan £38.6j (RM214 juta).

Dua pemandu Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di tangga ke-10 dengan £35.5j (RM196 juta) manakala Fernando Alonso ke-20 dengan £27.9j (RM154 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 3:31 PM