Dua lelaki yang disyaki menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan dan pengawal pengiring tanpa lesen direman tiga hari. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Dua lelaki yang disyaki menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan dan pengawal pengiring tanpa lesen direman tiga hari. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, mengeluarkan perintah reman selama tiga hari terhadap dua lelaki yang disyaki menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan dan pengawal pengiring tanpa lesen.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd Shukri.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Akta Agensi Persendirian 1971 dan boleh dihukum di bawah Akta Agensi Persendirian.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada jam 3 petang semalam, polis menerima laporan sebuah syarikat menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan dan pengawal pengiring tanpa lesen.

Pada jam 11 malam tadi, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Selatan membuat serbuan di sebuah kediaman di kawasan Taman Perling sebelum menahan dua lelaki berusia 28 dan 54 tahun.

Dalam serbuan itu polis turut merampas sepucuk pistol jenis Baretta bersama 30 butir peluru, empat komputer riba, satu set komputer, empat telefon bimbit selain dokumen berkaitan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 6:24 PM