LEE Chong Wei.
LEE Chong Wei.

Kunshan: Tumpuan tidak seharusnya terlalu diberikan kepada Lin Dan, Chen Long mahu pun jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk pemburuan pingat emas Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.

Sebaliknya, ketua jurulatih China Li Yongbo berpendapat beberapa pemain lain juga berpeluang untuk memenangi pingat emas.

“Anda tidak seharusnya hanya fokus kepada Chen Long, Lin Dan atau Chong Wei.

“Ketiga-tiga mereka perlu berhati-hati kerana jika tidak, mungkin mereka akan tersingkir lebih awal.

“Ada beberapa lagi pemain elit seperti Chou Tien Chen (Taiwan), Son Wan Ho (Korea Selatan) dan dua pemain Denmark iaitu Jan O Jorgensen serta Viktor Axelsen yang turut berpeluang untuk menyinar di Sukan Olimpik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 6:07 AM