MEDAN Niaga Satok sering menjadi tumpuan orang ramai temasuk pelancong luar negara. FOTO Zaaba Zakeria
MEDAN Niaga Satok sering menjadi tumpuan orang ramai temasuk pelancong luar negara. FOTO Zaaba Zakeria
Yusmizal Dolah Aling

Kuching: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk membina tempat letak motosikal bertingkat bagi kemudahan pengunjung di Pasar Niaga Satok.

Peruntukan itu diagihkan kira-kira RM2.5 juta bagi tahun ini dan bakinya pada tahun hadapan, sesuai dengan keperluan kawasan berkenaan.

Katanya, Satok adalah ikon kepada pasar untuk mengumpulkan usahawan tani dari seluruh Malaysia.

"Saya bersyukur jalinan kerjasama kerajaan pusat dan negeri boleh wujudkan tempat usahawan tani berniaga. Bukan saja barangan pertanian, tapi juga barangan di luar barangan pertanian," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Usahawan Pemasar Tani FAMA, di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Menteri Muda Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 11:28 PM