Kuching: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lulus peruntukan sebanyak RM20 juta untuk pembelian pakaian seragam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Najib mengumumkan berita gembira itu depan lebih 12,000 anggota RELA di Majlis Pemimpin Bersama RELA di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.
"Saya luluskan peruntukan RM10 juta pada tahun ini dan RM10 juta tahun depan untuk pembelian pakaian seragam RELA," katanya.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi dan menteri kabinet persekutuan.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan Kerajaan Negeri menyediakan 15 hektar tanah di Sematan, Lundu untuk pembinaan Pusat Latihan RELA.