Hazril Md Nor

HAZRIL MD NOR yakin ramai anak muda teruja dengan model baru Samsung iaitu Galaxy S7 edge.

Bermain ‘game’ di peranti pintar diakui menjadi kegilaan anak muda masa kini. Apatah lagi mereka yang tegar dan kerap memuat turun pelbagai permainan tanpa mengira kategori. Menikmati permainan dengan tambahan fungsi tertentu pastinya memberikan pengalaman baru yang memuaskan.

Menyedari fungsi telefon pintar sebagai medium untuk bermain 'game', Samsung melancarkan model terbarunya, Samsung Galaxy S7 edge yang pasti menambah keseronokan anda menikmatinya di peranti pintar.

Game Launcher

Dengan adanya pelancar ‘game’, aplikasi permainan yang dimuat turun kini ditempatkan di dalam ‘folder’ khas secara automatik. Jika anda membuka aplikasi permainan menerusi ‘folder’ ini, terdapat ikon berbentuk bulat di tepi skrin yang menyediakan pelbagai fungsi interaktif.

Sebagai contoh, salah satu fungsi itu membenarkan anda mematikan semua notifikasi peranti sepanjang sesi permainan sekali gus mengelak gangguan jika anda sedang berperang dalam Clash Royale misalnya.

Fungsi penjimatan kuasa pula membolehkan anda menetapkan grafik pada kadar tertentu dan mengubah resolusi permainan supaya permainan dimainkan lebih lancar selain menjimatkan bateri. Aplikasi permainan popular lebih mudah dicari dalam ‘top charts’ dan anda akan menemui senarai video permainan popular di bawah tab ‘featured videos’.

Game Tools

Pertama kali diperkenalkan dalam siri Galaxy S7, ‘game tools’ menyediakan beberapa fungsi menarik yang memberikan kelainan sepanjang sesi permainan.

Lock Recent and Back Keys: Mematikan butang ‘recent apps dan back’ di bawah skrin untuk mengelakkan anda menekan butang itu secara tak sengaja ketika bermain.

Screenshot: Menangkap sesi permainan sedang berlangsung yang distorkan di Gallery.

Record: Sambil merakam sesi permainan, kamera hadapan boleh diaktifkan untuk menunjukkan wajah pemain berserta audio suara daripada permainan dan anda sendiri.

Minimize game: Hentikan sesi permainan sebentar dan tukar menjadi ikon terapung yang kecil agar anda boleh akses fungsi lain di telefon pintar.

No Alerts: Tiada lagi gangguan notifikasi yang muncul sepanjang sesi permainan.

Vulkan API

Samsung Galaxy S7 edge memiliki teknologi Vulkan API yang menyokong permainan bergerak dengan animasi/definisi tinggi yang sebaik/sama dengan permainan pada desktop. Anda kini boleh menikmati permainan terbaru yang dilengkapi dengan teknologi Vulkan API, ianya pasti lancar tanpa ‘lag’ di GS7 edge.

Ditambah dengan teknologi ‘liquid cooling’, S7 edge memberi pengalaman lebih menarik apabila anda bermain ‘game’ dengan lebih lancar dan penuh prestasi tanpa masalah haba.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 8:55 AM