FAYE berasakan tak perlu letak syarat kepada pengarah atau penerbit selepas berhijab.
FAYE berasakan tak perlu letak syarat kepada pengarah atau penerbit selepas berhijab.
Ramlah Zainal


Baru dua tahun berlakon, namanya sudah terpalit gosip dan kontroversi yang turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang seni tanah air.

Paling melukakan hatinya apabila turut difitnah dan didakwa punca perceraian pelakon Elly Mazlein, baru-baru ini.

Namun, pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri Istikharah Cinta, Faye Kusairi percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.

Walaupun sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku, Faye percaya, dia perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dari segi undang-undang demi untuk membersihkan namanya dari terus menjadi mangsa keadaan.

Enggan hanyut dibuai kesedihan, Faye terpaksa meletakkan kekecewaannya itu ke tepi kerana perjalanan karier seninya masih jauh lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 6:56 AM