JEMAAH masjid mengusung jenazah Allahyarham Datuk Noradidah Ahmad untuk dikebumikan selepas solat jenazah di masjid kampung Raja Uda Pelabuhan Klang. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
JEMAAH masjid mengusung jenazah Allahyarham Datuk Noradidah Ahmad untuk dikebumikan selepas solat jenazah di masjid kampung Raja Uda Pelabuhan Klang. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Na'imah Mohamed


Pelabuhan Klang: Jenazah Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Allahyarham Datuk Noradidah Ahmad, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda di sini, 3.15 petang tadi.

Allahyarham meninggal dunia 7 malam semalam di Institut Kanser Negara Putrajaya selepas setahun menghidap kanser paru-paru.

Suami Allahyarham, Raja Abdul Samad Raja Abdul Wahid, 62, berkata, arwah dikesan menghidap kanser berkenaan pada April tahun lalu selepas mereka pulang daripada bercuti di Istanbul, Turki.

"Allahyarham berperang dengan penyakit itu selama 10 bulan menggunakan rawatan alternatif sebelum keadaannya bertambah teruk beberapa bulan lalu.

"Beliau adalah seorang yang tegas di tempat kerja dan juga rumah, namun kehilangannya akan dirindui saya dan anak-anak," katanya ketika ditemui hari ini.

Allahyarham meninggalkan tiga anak berusia 21 hingga 32 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 7:11 PM