CHENG  (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airlines, Ignatius Ong (dua dari kanan) bersama pesawat Firefly Airlines yang dihiasi iklan Panasonic Sky Series, semalam.
CHENG (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airlines, Ignatius Ong (dua dari kanan) bersama pesawat Firefly Airlines yang dihiasi iklan Panasonic Sky Series, semalam.
myMetro

Subang Jaya: Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) memperuntukkan pelaburan RM600,000 bagi melaksanakan kempen pengiklanan bagi siri produk pendingin hawa terbarunya iaitu Sky Series di sebuah badan pesawat FireFly.

Kerjasama setahun dengan FlyFireFly Sdn Bhd, pengendali pesawat FireFly itu adalah sebahagian daripada aktiviti pengiklanan syarikat dalam mempromosikan siri produknya di mana ia adalah pengiklanan udara pertama bagi Panasonic Malaysia.

Pengarah Urusannya, Cheng Chee Chung berkata, syarikat yakin mampu mencapai tambahan liputan promosi melalui kerjasama itu dan menyifatkan ia sebagai langkah tepat terutama dalam mempromosikan produk terbabit dalam kalangan sasaran pengguna iaitu golongan mewah.

“Ia juga akan meningkatkan jenama Sky Series dalam pasaran tempatan sekali gus membezakan jenama kami daripada jenama saingan lain,” katanya pada pelancaran iklan Panasonic Sky Series, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:02 AM