AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya. FOTO Danial Saad
AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya. FOTO Danial Saad
Zulfa Mohamad


Tasek Gelugor: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak matang dengan menjawab isu pembelian rumahnya di parlimen dan bukan mengajaknya berdebat.

Shabudin berkata, beliau tidak meminta Lim memberi jawapan terus kepadanya berhubung isu berkenaan sebaliknya fakta dan persoalan mengenai nilai rumah dibeli ketua menteri itu diajukan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Penilaian Harta untuk penjelasan.

Beliau turut mempersoalkan kenapa Lim menjemputnya berdebat atas alasan untuk mencari kebenaran.

"Kenapa beliau (Lim) jemput saya pada Ahad untuk berdebat. Adakah beliau mahu membuat sesi 'coffee break' bersama saya.

"Maaf, saya tak berminat dengan 'coffee break', katanya.

Shabudin menyifatkan tindakan ketua menteri itu mengajaknya berdebat sebagai gimik politik untuk mengalihkan isu sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 12:08 PM