MOHAMMAD Faiz Ambak, 16, tidak melepaskan peluang pada musim cuti sekolah dengan menyiram pokok di rumahnya di Kampung Tasek berikutan fenomena El-Nino yang melanda negara ini. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
MOHAMMAD Faiz Ambak, 16, tidak melepaskan peluang pada musim cuti sekolah dengan menyiram pokok di rumahnya di Kampung Tasek berikutan fenomena El-Nino yang melanda negara ini. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Keadaan cuaca di Terengganu masih di tahap normal dengan suhu tertinggi dicatatkan setakat ini adalah 32 darjah celcius.

Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu Jenuwa Husin berkata, keadaan cuaca terkini masih terkawal dan suhu maksimum biasa.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang risiko kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar terutama bagi mereka yang sensitif dengan cuaca panas dan minum lebih banyak serta merujuk kepada pakar kesihatan sekiranya mengalami masalah strok haba.

"Setakat ini, Terengganu tidak merekodkan kadar suhu melampau sehingga 37 darjah celcius sebagaimana dialami di beberapa negeri terutama di kawasan Utara seperti Perlis dan Kedah.

"Sehingga kelmarin, suhu tertinggi direkodkan 32 darjah celcius di Terengganu dengan suhu tertinggi pernah direkodkan adalah 35.8 pada 1997/1998," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 3:57 PM