Mariah Carey. FOTO AP
Mariah Carey. FOTO AP
Michelle Gun


Ratu pop Mariah Carey, 45, bakal muncul dengan dokumentari yang memaparkan aktiviti seni dan persiapan perkahwinan dengan hartawan Australia, James Packer.

Dokumentari berjudul Mariah's World itu juga akan membawa penonton menyaksikan jejalah konsert Carey di Eropah dan Afrika Selatan.

Menurut portal ET, Carey menegaskan dokumentari sebanyak lapan episod itu bukan program realiti television.

"Ini peluang baik bagi saya berkongsi hidup peribadi kepada peminat. Ramai sering salah anggap tentang saya," katanya.

Bagaimanapun, penyanyi itu berkata anak kembarnya, Moroccan dan Monroe yang berusia empat tahun tidak akan muncul dalam dokumentari berkenaan.

"Dokumentari ini bukan bertujuan menjadikan anak-anak terkenal. Tambahan pula mereka masih kecil untuk membuat keputusan sendiri," katanya.

Tarikh siaran Mariah's World di saluran E! belum diumumkan lagi dan dokumentari itu di bawah produksi sama dengan program popular Keeping Up With the Kardashians, Total Divas dan Project Runway.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 7:07 PM