Angelina Jolie dan Brad Pitt membawa Zahara, Pax, Maddox dan Shiloh membeli-belah ke Halfords di Isleworth, London.
Angelina Jolie dan Brad Pitt membawa Zahara, Pax, Maddox dan Shiloh membeli-belah ke Halfords di Isleworth, London.
Susunan Michelle GunDaily Mail


Pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie bersama enam anak mereka dikhabarkan kini menetap di sebuah rumah agam di London dengan sewa mencecah RM85,517 sebulan.

Daily Mail melaporkan keluarga Jolie akan berada di England selama enam bulan berikutan Pitt, 52, kini sibuk dengan penggambaran filem World War Z 2 di negara itu.

Menurut Daily Mail, rumah sewa pasangan itu dilengkapi lapan bilik tidur, gimnasium dan kolam renang tertutup.

Baru-baru ini, rumah sewa pasangan terbabit yang terletak kira-kira 40 minit dari kediaman pelakon popular George Clooney dilaporkan mengalami kebocoran tandas yang teruk.

Sejak berpindah ke kediaman itu akhir bulan lalu, Pitt dan Jolie kelihatan membawa anak mereka bersiar-siar di sekitar kawasan termasuk membeli-belah mainan di Hamleys.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2016 @ 7:26 PM