SITI Masmira (kanan) bersama ahli keluarga berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
SITI Masmira (kanan) bersama ahli keluarga berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Suraya Roslan dan Khairulmizan Yahya


Pasir Mas: Suasana sebuah rumah di Kampung Teliar, Bunut Susu, di sini, sunyi sepi seperti tidak berpenghuni walaupun hakikatnya didiami 11 sekeluarga.

Ini kerana tujuh daripada ahli keluarga berkenaan adalah orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu manakala seorang lagi ahli keluarga yang masih bayi belum diketahui statusnya.

Menurut Siti Masmira Ibrahim, 31, dalam keluarga, hanya dia dan dua adik lelaki normal manakala bapa serta seorang kakak dan adik perempuan masing-masing dilahirkan tidak dapat bercakap dan mendengar. Sebelum ini, arwah ibunya juga mengalami kecacatan sama.

Dari kecil hingga dewasa, kediaman Siti Masmira tidak pernah riuh dengan suara mereka berbual sebaliknya hanya pergerakan tangan yang ligat berkomunikasi bahasa isyarat.

Apabila ada yang berkahwin, keluarga semakin membesar maka jumlah orang kurang upaya (OKU) kategori bisu dan pekak di rumah juga bertambah ramai dan pernah mencecah lapan orang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2016 @ 8:33 AM