KAWASAN yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
KAWASAN yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Wan Asrudi Wan Hasan


Cameron Highlands: Kawasan hutan berbukit seluas 10 hektar di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, berhampiran Kampung Raja dekat sini terbakar 1.47 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kebakaran membabitkan kawasan bukit setinggi 165 meter.

"Usaha memadamkan kebakaran berdepan kesukaran kerana permukaannya yang bercerun dan ketinggian kawasan bukit.

"Operasi pemadaman dilakukan termasuk dengan bantuan tujuh penduduk Orang Asli," katanya.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya sukar untuk mendapatkan maklumat operasi pemadaman berikutan masalah perhubungan yang terhad bagaimanapun operasi pemantauan masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 12:19 AM