MAS Ermieyati (tiga kanan) bersama Tee (dua kanan) dan Mirza (empat kanan) merasmikan pesta Cuti-Cuti 1Malaysia 'Dekat Je'. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
MAS Ermieyati (tiga kanan) bersama Tee (dua kanan) dan Mirza (empat kanan) merasmikan pesta Cuti-Cuti 1Malaysia 'Dekat Je'. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Redzuan Muharam


Johor Bahru: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia memperkenalkan aplikasi panduan pelancong dikenali ‘DekatJe App’ sempena Majlis Pelancaran Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) Dekat Je Travel Fair 2016 di KSL City Mall di sini, hari ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh Tourism Malaysia itu bertujuan membantu pelancong merancang dan menguruskan percutian mereka secara efisyen.

Menurutnya, aplikasi itu bukan saja memaparkan tempat pelancongan popular di dalam negara malah destinasi lain yang kurang dikenali tetapi unik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong.

Hadir sama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 3:49 PM