Pembantu penguatkuasa KPDNKK Kedah, Nik Nor Aziera Che Mohd Asri (kanan) bersama Rizali Amir Razak menunjukkan pakaian sukan berjenama tiruan yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Kubang Pasu.  FOTO Amran Hamid

Syahid Sokri

Kubang Pasu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah rampas 21,000 pakaian sukan berjenama tiruan bernilai lebih RM1.85 juta di sebuah rumah di Taman Pelangi, di sini, pagi tadi.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, pihak KPDNKK yang menerima maklumat berhubung penjualan pakaian sukan tiruan bertindak menyerbu kediaman itu sebelum merampas pakaian terbabit

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Kedah Shahrudin Hamzah, serbuan ini adalah rampasan terbesar dalam tempoh dua bulan hasil risikan selama sebulan.

Katanya, seorang lelaki yang juga pemilik pakaian tiruan itu ditahan bagi membantu siasatan dan mendapati dia sudah menjalankan perniagaan itu selama dua tahun.

“€œSiasatan juga mendapati sindiket ini menjadikan tiga kediaman yang disewa sebagai pusat transit sebelum mengedarkan pakaian berkenaan kepada penjua,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 5:14 PM