Zuliaty Zulkiffli

Kubang Pasu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 60 tan tepung gandum yang disimpan tanpa lesen di sebuah gudang di Bukit Kayu Hitam di sini.

Pengarah KPDNHEP Kedah Rae Morn Verak berkata, rampasan dibuat menerusi serbuan 11 pagi semalam dan gudang ini dipercayai dijadikan transit sebelum tepung gandum itu diseludup ke Thailand.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan status gudang itu dan tepung gandum yang dirampas dipercayai dikilangkan di Ipoh, Perak.

"Jumlah keseluruhan tepung gandum yang dirampas bernilai RM132,000.

"Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an sudah diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya pada sidang media di stor KPDNHEP di Tunjang, di sini, hari ini.

Antara lain, Rae Morn berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan kekurangan minyak masak di negeri ini dan seramai 172 penguat kuasa akan melakukan pemeriksaan Ramadan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 2:31 PM
Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak (kanan) dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kubang Pasu, K Muniandy menunjukkan sebahagian tepung gandum yang dirampas dan disimpan dalam sebuah gudang tidak berlesen di Bukit Kayu Hitam. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI