Pihak berkuasa menurunkan papan tanda dalam usaha membersihkan kawasan Kalijodo daripada pelacuran dna maksiat. - Foto Tempo
Pihak berkuasa menurunkan papan tanda dalam usaha membersihkan kawasan Kalijodo daripada pelacuran dna maksiat. - Foto Tempo
The Jakarta Post

Jakarta: Penutupan kawasan pelacuran Kalijodo di utara dan barat Jakarta adalah langkah pertama kerajaan Indonesia menutup 168 kawasan seperti itu di seluruh negara menjelang 2019 bagi membasmi pelacuran.

Kerajaan negara itu sudah menutup 68 kawasan pelacuran dengan 100 lagi akan ditutup dalam masa tiga tahun.

Menurut Menteri Hal Ehwal Sosial, Khofifah Indar Parawansa, berkata persediaan sedang dibuat bagi menutup kawasan pelacuran di di Jawa Timur serta Kalimantan Timur.

Mengenai penutupan kawasan Kalijodo, pihaknya menawarkan bekas pekerja seks terbabit latihan kemahiran untuk menyara hidup.

Penutupan Kalijodo menjadi isu hangat di negara itu sejak beberapa minggu lalu dan Gabenor Jakarta, Basuki “Ahok” Tjahaja Purnama, menyokong langkah polis dan tentera mahu merobohkan bangunan yang dibina di atas tanah kerajaan menjadi kawasan riadah.

Rekod menunjukkan kira-kira 500 pelacur, sebahagian besarnya dari Jawa Barat, bekerja di kawasan pelacuran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 9:21 PM