PENDUDUK mengharungi air limpahan longkang besar akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam di Segamat pada 6 Februari lalu. FOTO fail NSTP Ahmad Ismail
PENDUDUK mengharungi air limpahan longkang besar akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam di Segamat pada 6 Februari lalu. FOTO fail NSTP Ahmad Ismail
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 135 orang membabitkan 35 keluarga di empat pusat pemindahan sementara di Tangkak dan Segamat dekat sini, setakat 8 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor, Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata, dua pusat pemindahan sementara di Segamat iaitu di Balairaya Kampung Awat, Gemas, dan SK Spang Loi, Buloh Kasap mencatatkan peningkatan kepada 31 orang daripada lapan keluarga.

Manakala pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Tialang dan Sekolah Agama Bandar Tangkak dekat sini, masih menempatkan bilangan mangsa 104 orang membabitkan 27 keluarga.

Katanya, di Tangkak, kawasan yang terjejas ialah Seberang Gajah, Sialang Dalam, Tanjung Laboh dan Seri Makmur.

"Di Segamat pula, kawasan yang terjejas ialah Kampung Awat dan Kampung Spang Loi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 11:43 AM