Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Pemakaian cermin mata mampu menambah gaya seseorang, apatah lagi sekiranya ia dipadankan dengan pakaian dan persekitaran, sama ada dari segi warna ataupun tema.

Tidak kira cermin mata gelap yang mampu menahan panahan sinaran matahari ataupun kanta berkuasa, bingkai yang cantik juga boleh membuatkan seseorang kelihatan menarik.

Terdapat banyak jenama terkenal dan antara cermin mata yang boleh menonjolkan lagi gaya seseorang termasuk koleksi dari Dolce&Gabbana, Emporio Armani, Burberry, Prada, Giorgio Armani, Coach dan Ray-Ban.

Setiap satu mempunyai identiti tersendiri, sesuai dengan mereka yang bijak membuat suai padan bagi mendapatkan gaya berbeza.

Garisan lurus dengan gabungan warna daripada hitam hingga hijau, kelabu atau corak marmar selain kanta pelbagai bentuk, memberikan gaya kepada pemakai.

Kanta emas atau bercorak marmar, boleh memberikan penampilan lebih glamor manakala warna terang dengan bingkai besar, membuatkan seseorang kelihatan ranggi.

Santai atau formal, cermin mata dengan bingkai berbeza boleh disesuaikan mengikut majlis yang dihadiri dan menonjolkan penampilan, tanpa perlu sarat aksesori lain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:01 AM