Malathi diiringi anggota polis selepas mengaku tidak bersalah mendera anak perempuannya. FOTO Danial Saad
Malathi diiringi anggota polis selepas mengaku tidak bersalah mendera anak perempuannya. FOTO Danial Saad
Oleh Shamsul Munir Safini

Butterworth: Wanita berusia 41 tahuan yang membelasah anak perempuannya sehingga parah Selasa lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pagi tadi.

Tertuduh, R Malathi minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Norashima Khalid di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan meminta mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta mahkamah membenarkan ikat jamin ke atasnya atas alasan perlu bekerja dan menghadiri kaunseling.

Norashima membenarkan ikat jamin RM5,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 11:51 AM