FOTO Zulaikha Zainuzman
FOTO Zulaikha Zainuzman
Shamsul Munir Safini


Butterworth: Pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, hari ini, atas lapan pertuduhan menggodam emel syarikat berpengkalan di Dubai.

Tertuduh, N Lalit Kumar, 39, difahamkan memintas emel pembekal kepada syarikat di Dubai itu yang membabitkan transaksi lebih RM1.7 juta.

Lalit minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Lalit di antara 15 hingga 17 Jun 2015, melakukan transaksi wang hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun bank milik empat syarikat.

Selain itu, dia juga dituduh melupuskan sejumlah wang yang diterima daripada aktiviti haram itu melalui cek tunai.

Dia dituduh mengikut Seksyen4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM30,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin manakala 5 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin manakala tertuduh diwakilli Y Yogeswaran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 1:26 PM