Pasar raya yang dipecah masuk, pagi tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Pasar raya yang dipecah masuk, pagi tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap

Bahau: Pemilik pasar raya di Taman Mahsan, di sini, kerugian lebih RM40,000 selepas premis perniagaannya itu dipecah masuk, 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian disedari pekerja pasar raya itu pada 8.50 pagi ketika mahu membuka premis itu.

Â"Pekerja terbabit mendapati pintu belakang pasar raya dirosakkan. Hasil pemeriksaan, tiga suspek dipercayai masuk melalui siling premis itu sebelum memecah masuk pejabat dan peti besi yang menyimpan wang tunai.

"Perbuatan mereka berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan kita menemui empat kesan cap jari di lokasi kejadian. Suspek disyaki keluar dengan memecahkan pintu belakang bangunan itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 5:47 PM