TOPI peladang diangkat sebagai tunjang persembahan BCBGMaxazria untuk keseluruhan gaya musim ini.
TOPI peladang diangkat sebagai tunjang persembahan BCBGMaxazria untuk keseluruhan gaya musim ini.
GAUN labuh dihasilkan daripada material lembut dan beralun untuk impak feminin.
GAUN labuh dihasilkan daripada material lembut dan beralun untuk impak feminin.
GAYA sporty turut diketengahkan dengan paduan warna seimbang.
GAYA sporty turut diketengahkan dengan paduan warna seimbang.
PADANAN rona mewah diadun bersama gradien warna untuk gaya yang lebih cool.
PADANAN rona mewah diadun bersama gradien warna untuk gaya yang lebih cool.
GAUN potongan luruh diberi rona polos lalu dipadankan bersama helaian dalam bercorak flora.
GAUN potongan luruh diberi rona polos lalu dipadankan bersama helaian dalam bercorak flora.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Aspek kembara sering menjadi mainan pada kanvas atau tema dalam fesyen.

Aspek kembara itu dilihat sebagai unsur paling praktikal dalam menentukan haluan gaya musim terbabit, sekali gus memberi impak kepada keseluruhan trend di pentas peragaan global.

Mengambil aspek kembara sebagai tunjangnya, BCBGMaxazria (BCBG) menjelajah ke Barcelona, Sepanyol pada musim lalu bagi menyelami arus kepelbagaian budaya dan gaya yang dicetuskan dari tebing Lautan Baltic itu.

Namun kali ini, BCBG kembali ke akar umbinya - California, Amerika Syarikat.

“Setiap musim kami akan pilih destinasi yang sesuai, tetapi kali ini di California Selatan, Los Angeles. Ia lokasi kediaman kami!” ujar Lubov Azria dalam nada penuh teruja saat memperagakan koleksinya ini beberapa minggu lalu.

“Luncur air, papan roda, muzik - inilah cara California mengubah dunia,” tambahnya.

Satu perkara yang menjadi perhatian dalam koleksi ini. Topi peladang. Ya, Azria cuba mengangkat semula gaya topi peladang dalam rentak lebih cool dan bersahaja.

Untuk helaian lain, semua lebih kepada padanan corak dan fabrik berbeza. Lasak dengan cetusan bohemian, tetapi masih bercirikan feminin. Ada beberapa siluetnya agak klasik, namun diserlahkan dengan fabrikasi yang dimodenkan lalu diberikan sentuhan kasual agar selesa bergaya.

Gaun potongan lurus pula sengaja diberi rona polos sebelum dipadankan bersama helaian dalam bercorak flora.

Begitu juga gaun labuh dalam material lembut dan beralun yang diimbangi helaian dalam berstruktur menarik.

Palet warna musim dingin ditonjolkan pada skala sederhana dalam koleksi ini. Warna gradien putih, coklat perang, perang unta, biru dan jingga diadun bersama rona mewah seperti kelabu, biru gelap serta hitam.

Sementara sepatu moccasin dan beg silang berumbai menambahkan lagi karakter eklektisisme yang ditonjolkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:02 AM