KOMBINASI cetakan flora dan geometri bersama paduan rona ceria menjadi intipati rekaan Kate Spade kali ini.
KOMBINASI cetakan flora dan geometri bersama paduan rona ceria menjadi intipati rekaan Kate Spade kali ini.
HITAM turut ditampilkan penuh gaya bersama padanan aksesori minimum.
HITAM turut ditampilkan penuh gaya bersama padanan aksesori minimum.
KATE Spade bawakan kemeriahan musim bunga dalam tiga koleksi kali ini.
KATE Spade bawakan kemeriahan musim bunga dalam tiga koleksi kali ini.
GAUN berpotongan lurus serta ringkas menyerlahkan siluet wanita anggun dan klasik.
GAUN berpotongan lurus serta ringkas menyerlahkan siluet wanita anggun dan klasik.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Bayangkan keindahan musim bunga. Flora mekar dirai penuh meriah sambil harumannya memikat kalbu.

Kemeriahan itulah yang dibawakan Kate Spade untuk koleksinya musim ini yang berpesta dengan pelbagai corak, perincian dan warna dalam rekaan serba anggun.

Musim ini juga menyaksikan buat pertama kalinya Kate Spade mempersembahkan tiga barisan koleksi utamanya dalam satu himpunan menarik.

Kate Spade New York, Madison Avenue dan Brooms St menggabungkan konsep suai padan tanpa sempadan yang mencetuskan kreativiti dalam penggayaan harian.

Kate Spade New York membuka tirai dengan rekaan ‘athleisure’ (pakaian sukan bersifat santai) menerusi kolaborasinya dengan Beyond Yoga.

Dalam koleksi ini, gandingan flora, reben serta renda memperlihatkan gaya santai dan ceria seakan-akan menghabiskan masa di taman permainan.

Serakan rona terang seperti merah jambu, biru, kuning dan kuning air nyata memberi kontras menarik pada latar belakang hitam-putih New York.

Seperti apa yang diterjemahkan Kate Spade menerusi Ketua Pegawai Kreatif merangkap Presidennya, Deborah Lloyd, musim bunga bermula dengan persimpangan antara mimpi indah pada siang hari dan lawatan kembara harian di bawah teriknya mentari.

Musim bunga juga musim untuk bereksperimen dengan pelbagai corak dan warna tanpa perlu bimbang andai diri tampil keterlaluan.

Misalnya kemeja cetakan mawar hitam dan merah jambu dipadankan bersama skirt atau helaian luar rona kontra seperti skirt labuci berpotongan lurus.

Celana pendek pastel pula disarung bersama gaun lurus lalu ditambah jaket inspirasi mod dalam warna berbeza.

Untuk Madison Avenue, musim bunga menggambarkan gaya yang lebih ‘chic’ dan elegan.

Gaun kuning diseimbangkan dengan jaket kulit rona putih bersama beg tote cetakan bunga daisi, begitu juga gaun lissie bertali pinggang corak mawar bersama mantel jenji (jenji cape) atau kot trench klasik.

Sementara itu, Broome St lebih terarah kepada padanan kasual untuk aktiviti harian. Denim, gaun ringkas dan kemeja-T menjadi rekaan asasi koleksi ini yang turut menampilkan kolaborasinya bersama Raleigh Denim.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2016 @ 8:28 AM