Selain ubat-ubatan moden, parut yang dialami boleh dikurangkan dengan menggunakan bahan semula jadi. Parut pada kulit memang agak mengganggu penampilan seseorang apatah lagi jika berada di bahagian kulit yang sering dilihat.

Parut biasanya muncul kerana beberapa sebab antaranya terkena benda tajam, bekas pembedahan, terjatuh dan luka terbakar. Orang Asia khususnya akan mengalami kesukaran menghilangkan parut kerana memiliki kandungan melanin yang lebih banyak sehingga kulit menjadi lebih tebal membuatkan parut menjadikan warna kulit lebih gelap.

Berikut beberapa bahan semula jadi menghilangkan parut lama di kulit.

Timun

Cara termudah untuk menghilangkan parut adalah dengan menggunakan timun. Kandungan airnya membuatkan kulit terasa segar dan sejuk. Cara menggunakannya adalah dengan memarut timun atau dikisar, kemudian tekan pada parut semalaman. Lakukan cara ini setiap hari agar parut boleh cepat hilang.

Madu

Tidak dapat diragui lagi madu antara bahan semula jadi yang dapat memberikan banyak manfaat, madu juga dapat membantu mengeringkan luka. Caranya adalah dengan mengoleskan madu pada bekas luka setiap hari.

Teh hijau

Teh hijau mengandung bahan antioksidan yang sudah tidak diragukan lagi, selain dapat menjadi minuman yang menyegarkan. Teh hijau juga dapat dimanfaatkan untuk menghilangkan parut, misalnya pada bekas jerawat. Caranya adalah dengan merendam daun teh hijau kemudian gunakan untuk membasuh wajah secara berkala setiap hari. Anda juga boleh memanfaatkan air rendaman teh hijau ini menjadi penyegar pembersih wajah semulajadi.

Lidah buaya

Lidah buaya adalah daun yang memiliki banyak kandungan vitamin yang berguna untuk memperbaiki jaringan kulit yang sudah rosak akibat luka. Selain untuk perawatan kulit, lidah buaya juga sering dimanfaatkan untuk perawatan rambut. Caranya adalah dengan mengoleskan gel lidah buaya pada parut secara rutin.

Daun pudina

Daun pudina sering dijadikan sebagai bahan untuk membuat ubat gigi, ubat kumur dan ubat sapu seperti balsam. Daun pudina memiliki kandungan yang sangat baik untuk memudarkan parut. Caranya adalah dengan menghancurkan beberapa lembar daun pudina kemudian oleskan pada parut selama beberapa minit.

Daun peria

Peria adalah sejenis tanaman yang memiliki rasa yang sangat pahit. Bukan saja buahnya, tetapi daun peria juga bermanfaat untuk menghilangkan parut. Caranya adalah dengan menghancurkan daun peria kemudian oleskan pada parut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 5:10 AM