BAHAN utama yang perlu disediakan.
BAHAN utama yang perlu disediakan.
1. PANASKAN minyak masak dan minyak sapi. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
1. PANASKAN minyak masak dan minyak sapi. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
2. MASUKKAN bawang yang sudah dikisar dan kacau sehingga kekuning-kuningan. Masukkan pula cili kering kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
2. MASUKKAN bawang yang sudah dikisar dan kacau sehingga kekuning-kuningan. Masukkan pula cili kering kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
3. MASUKKAN daun ketumbar dan daun pudina. Selepas itu tambahkan rempah beriani dan rempah kurma serta kacau sehingga masak.
3. MASUKKAN daun ketumbar dan daun pudina. Selepas itu tambahkan rempah beriani dan rempah kurma serta kacau sehingga masak.
4. APABILA rempah masak, masukkan ayam yang sudah digoreng separuh masak dan kacau.
4. APABILA rempah masak, masukkan ayam yang sudah digoreng separuh masak dan kacau.
5. MASUKKAN dadih untuk memekatkannya. Biarkan mendidih 20 minit. Masukkan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan.
5. MASUKKAN dadih untuk memekatkannya. Biarkan mendidih 20 minit. Masukkan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan.
6. CEF Zakaria bersama hidangan ayam beriani masala.
6. CEF Zakaria bersama hidangan ayam beriani masala.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Apabila disebut ayam beriani pasti terbayang kuahnya yang lazat dengan rasa pedas-pedas manis. Apatah lagi jika dihidangkan leng­kap bersama nasi beriani, acar timun dan dalca.

Keenakan ayam beriani bergantung kepada rempah ratus digunakan. Ia bukan sekadar rempah beriani, tetapi dicampur rempah kurma bersama cili kering dikisar. Selain itu, rasa kuahnya yang berlemak disebabkan campuran dadih yang menjadi rahsia kepada keenakan hidangan ini.

“Rempah ini perlu dimasak lama supaya sebati dan menghasilkan aroma tersendiri. Jika rempah tidak masak ia mengganggu rasa dan aromanya,” kata pemilik Kafe Cerita Kambing Endau Beriani Caterer Anggerik Mall, Shah Alam, Cef Zakaria Latip.

Menghidangkan set leng­kap nasi beriani bersama ayam beriani serta kambing panggang yang menjadi tanda pengenalan pelanggan untuk berkunjung ke Anggerik Mall, Shah Alam.

Kafe yang terletak di ting­kat 1 ini dibuka pada hari bekerja seawal jam 11 pagi dan ditutup jam 4 petang.

“Hidangan beriani ini resipi istimewa dari Endau, Johor. Untuk nasi beriani kami hanya memilih ramuan berkualiti dan menggunakan beras basmathi. Di sini rasa nasi beriani dikekalkan kerana menjadi identiti kami dan sebagai langkah mengekalkan resipi yang diwarisi turun-temurun.

“Keaslian rasa itulah yang membuatkan nasi dan ayam beriani di sini menjadi buah mulut ramai,” ujarnya yang turut menyediakan laksa Johor.

Walaupun kafe ini baru saja dibuka awal tahun ini, sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana makanan enak dan berkualiti ditawarkan pada harga berpatutan.

Kafe yang diusahakan bersama isterinya Nor Aziah Md Dahari, turut mengambil tempahan katering untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, pertunangan, majlis keluarga dan korporat, akikah dan doa selamat.

Untuk pembaca Harian Metro, Zakaria menunjukkan langkah demi langkah menyediakan ayam beriani masala.

BAHAN-BAHAN:

- 1 ekor ayam dipotong lapan, digoreng separuh masak

- 100g rempah beriani

- 100g rempah kurma

- 10 tangkai cili kering dikisar

- 2 sudu minyak masak

- 1 sudu minyak sapi

- 4 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia dikisar

- 1 sudu jintan manis

- 1 sudu jintan putih

- 1 sudu ketumbar

- 2 sudu dadih

- 1 tangkai daun pudina

- 1 tangkai daun ketumbar

- Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih - empat sekawan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 11:06 AM