SESUAI sebagai menu selingan dihidang bersama ayam, telur goreng ‘goyang’. FOTO: Ahmad irham Mod Noor
SESUAI sebagai menu selingan dihidang bersama ayam, telur goreng ‘goyang’. FOTO: Ahmad irham Mod Noor
Yusliza Yakimir Abd Talib


SESEKALI mahukan kelainan dalam menu harian anda, apa lagi pilihan selain mi yang sememangnya sinonim dalam hidangan di negara Asia selepas makanan ruji iaitu nasi.

Mi bukan saja sumber karbohidrat yang baik, malah ia juga mudah disediakan. Anda hanya perlu celur dan hidangan boleh dimasak mengikut selera masing-masing.

Kalau mahu berkuah, banyak sekali menu yang ada untuk dicuba daripada semudah hidangan mi sup hinggalah mi bandung, ia sesuai sekali bagi si ibu mahupun bujang yang ingin menjimatkan masa di dapur.

Selain mi kuning, pelbagai pilihan mi yang terdapat di pasaran termasuk mi kering. Begitu mudah dan pantas untuk mendapatkan sumber karbohidrat, mi kering ini boleh dibeli sebagai stok yang boleh dimasak bila-bila masa saja.

Jika mahukan kelainan, Warong Wak Joe di Cyberjaya menyediakan hidangan mi sambal yang menggabungkan rasa pedas dan menariknya, ia ilham makanan jalanan dari negara jiran, Indonesia.

Menurut pengusahanya, Muhammad Asraf Zainuddin hidangan mi sambal disediakannya cukup mudah namun pembeli boleh meminta tahap kepedasan yang dimahukan.

Katanya, makanan itu juga sesuai untuk dijadikan santapan selingan kerana ia tidak terlalu berat seperti nasi.

"Hidangan ini juga boleh lengkap dengan protein kerana dihidangkan bersama ayam goreng berempah dan telur goreng 'goyang'.

"Penyediaannya juga mudah namun yang penting sambal disediakan terlebih dulu menggunakan cili padi yang direbus, dikisar bersama rempah ratus istimewa menjadikan hidangan ini lain daripada yang lain," katanya yang turut menunjukkan langkah penyediaan mi sambal ilhamnya yang mudah disediakan sesiapa saja di rumah.

BAHAN

1 peket mi kering

1 sudu makan kicap manis

1 ketul ayam

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk kari

1 tangkai daun kari

Garam secukup rasa

1 biji telur

BAHAN KISAR:

5 ulas cili padi (ikut tahap kepedasan sendiri)

1 sudu serbuk ketumbar

1 sudu jintan manis

Perasa secukupnya

BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN

CARA-CARANYA

1. REBUS mi kering hingga lembut dan toskan.

REBUS mi.
REBUS mi.

2. TUANG bahan yang dikisar dan kicap ke atas mi.

TUANG bahan yang dikisar.
TUANG bahan yang dikisar.

3. GAUL sambal dengan mi hingga sekata.

GAULKAN
GAULKAN

4. DALAM mangkuk berbeza perap ayam bersama serbuk kunyit, rempah kari, daun kari dan perap 10 minit.

PERAP ayam
PERAP ayam

5. GORENG ayam hingga keperangan, angkat dan toskan.

GORENG dan hidang
GORENG dan hidang

6. HIDANGAN siap dan enak disajikan ketika masih panas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 5:00 AM