BANYAK cara boleh kita lakukan untuk relaks secara percuma selain bermeditasi.
BANYAK cara boleh kita lakukan untuk relaks secara percuma selain bermeditasi.

SHUHADA MANSOR senaraikan beberapa cara lain boleh kita cuba untuk tenangkan emosi dan tubuh. Tanpa perlu keluarkan wang, kita boleh rasa tenang ikut cara tersendiri.

Seharian melakukan kerja berat atau ri­ngan, tubuh perlukan waktu untuk kembali bertenaga. Ramai orang sukakan cara meditasi antaranya yoga. Selain bersenam, ia mampu menyeimbangkan emosi dan tenaga badan. Ada cara lain boleh kita cuba, antaranya:

MELOMPAT

Berlari adalah cara terbaik untuk kurangkan stres apatah lagi dikelilingi persekitaran menghijau. Menurut pengkaji NASA, 10 minit melompat di atas trampolin adalah 68 peratus lebih efisien mengurangkan tekanan seharian berbanding 30 minit berjoging. Ajak teman ke tempat yang menyediakan trampolin untuk cuba cara terapi ini.

HIDU AROMA SEGAR

Menurut kumpulan pengkaji Rawatan dan Kajian Asas Bau dan Rasa Chicago, mendapati sekiranya seseorang menghidu bau kuih yang baru dibeli, ia mampu memberikan rasa relaks kepada tubuh. Situasi ini berlaku kepada aroma wa­ngi lain yang mampu mencetus rasa nyaman.

DENGAR MUZIK

Sekiranya tekanan memuncak, cuba curi waktu untuk mendengar muzik. Muzik dapat menstabilkan dengupan jantung, tekanan darah serta menurunkan kadar cortisol, iaitu hormon penyebab stres. Penelitian menunjukkan alunan muzik memberi kesan tenang setanding dengan 10 miligram valium atau ubat penenang.

URUT DIRI SENDIRI

Apabila mula merasai otot menjadi kejang, lakukan urutan ringan pada diri sendiri untuk rasa lebih santai. Mulakan de­ngan meletakkan kedua-dua tangan pada bahu dan leher, kemudian urut menggunakan jari di telapak tangan. Lakukan urutan ringan kerana ia mampu mengubah emosi menjadi lebih tenang. Ikut cara anda bagaimana untuk lakukan terapi diri, paling penting ia mudah, percuma dan boleh dilakukan di mana-mana saja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2015 @ 11:03 AM