AUBAMEYANG (kanan) sumbat gol ke-27 musim ini.
AUBAMEYANG (kanan) sumbat gol ke-27 musim ini.

Berlin: Pierre-Emerick Aubameyang menyumbat gol ke-27 musim ini untuk membantu Borussia Dortmund menang 2-0 ke atas Augsburg sekali gus layak ke suku akhir Piala Jerman.

Aubameyang penjaring gol terbanyak Bundesliga dengan 18 gol dalam 16 perlawanan, menampan masuk umpanan Lukasz Piszczek pada minit ke-61 untuk meletakkan Dortmund di depan di Augsburg.

Ia meneruskan kecemerlangan kapten Gabon itu menjaringkan gol dan kini Aubameyang berpeluang mengatasi rekod Gerd Mueller dengan 40 gol Bundesliga pada musim 1971-72.

Pada peringkat sama lebih empat dekad lalu, Mueller menyumbat 17 gol, satu kurang berbanding Aubameyang, yang turut menjaringkan dua gol dalam piala dan tujuh dalam Liga Europa.

“Saya tidak tahu di mana had buatnya dan saya fikir dia pun tidak tahu,” jelas pengarah sukan Dortmund Michel Zorc.

“Apa yang penting buat Pierre-Emerick adalah meneruskan apa yang dilakukannya kerana kini sanjungan hadir dari segenap penjuru.”

Dortmund meraih gol kedua apabila rembatan Henrik Mkhitaryan ditampan masuk pertahanan Augsburg Ragnar Klavan pada minit ke-66 pertembungan pusingan ketiga itu.

Kelab Bundesliga Hertha Berlin pula tidak berdepan masalah menyingkirkan kelab divisyen dua Nuremberg 2-0 di laman lawan.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 6:04 AM