LEWANDOWSKI meraih anugerah penjaring terbanyak Bundesliga musim ini. FOTO EPA
LEWANDOWSKI meraih anugerah penjaring terbanyak Bundesliga musim ini. FOTO EPA
AFP

Berlin: Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menjaringkan gol ke-41 dalam saingan Bundesliga musim ini sekali gus memecahkan rekod Gerd Mueller berusia 49 tahun untuk jumlah jaringan semusim.

Lewandowski menjaringkan gol pada minit ke-90 untuk membantu Bayern mencatat kemenangan 5-2 ke atas Augsburg.

Hujung minggu lalu dia berjaya menyamai rekod 40 gol yang dilakukan Mueller pada musim 1971/72.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 11:58 PM