Noor Atiqah Sulaiman

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2023.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi satu poster yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

Baginda berdua turut mendoakan rakyat Malaysia hidup dalam kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang musibah.

"Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

"Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan," titah baginda dalam poster berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2022 @ 4:36 PM