PESAWAT yang membawa jasad mendiang Joanna Felicia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh pada 9.16 malam selepas beberapa kali ditunda kerana cuaca buruk. FOTO Bernama.
PESAWAT yang membawa jasad mendiang Joanna Felicia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh pada 9.16 malam selepas beberapa kali ditunda kerana cuaca buruk. FOTO Bernama.
BERNAMA

Kuching: Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang terlibat dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di Pangkalan Udara TUDM, di sini pada 11.54 malam tadi.

Sebaik ketibaan pesawat itu, jasad mendiang disambut 27 pegawai dengan 80 lain-lain anggota daripada Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) sebelum dibawa ke kampung suaminya di Kampung Engkaroh Tebakang, Serian kira-kira 90 kilometer dari bandar Kuching untuk diberi penghormatan terakhir.

Jasad ibu kepada dua anak itu seterusnya akan disemadikan mengikut istiadat TLDM yang berlangsung 9 pagi esok di tanah perkuburan Kristian berdekatan kampung berkenaan.

Terdahulu, pesawat yang membawa jasad mendiang berlepas pada 9.16 malam tadi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Subang, Selangor setelah beberapa kali ditunda berikutan keadaan cuaca buruk.

Joanna, yang berasal dari Kampung Sumpas Tampek, Serian antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi semalam semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Berita Berkaitan

Pemergian Sivasutan 'ragut' kebahagiaan keluarga kami - Bapa

Bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga nahas helikopter TLDM

Penduduk kampung tunggu 'kepulangan' Joanna Felicia

Wan Rezaudeen Kamal beritahu mahu pencen awal

'Anak pertama kami dan yang pertama tinggalkan kami' - ibu Mohd Shahrizan

Laporan interim tragedi helikopter TLDM siap 2 minggu

Lembaga Siasatan TLDM siasat insiden helikopter - PAT

DUN Sabah bertafakur untuk mangsa nahas helikopter

Peniaga dengar bunyi helikopter terbang rendah

Perjalanan terakhir 10 perwira

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 12:48 AM