Saadiah Ismail

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara wajar menganjurkan secara bersama Hari Perpaduan di sekolah sebagai usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai, program di sekolah mampu menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan semua bangsa dari peringkat awal.

Katanya, saranan mempromosi perpaduan di peringkat sekolah dengan kerjasama dua kementerian itu suatu perkara yang baik dan media akan memberi sokongan penuh kepada usaha terbabit.

"Saya menghadiri program seumpama ini setiap tahun dan pada pandangan saya, ia patut dilaksanakan di semua sekolah mengikut modul yang dibuat di Wesley Methodist School Kuala Lumpur.

"Kami sebagai media akan membantu mempromosi semangat perpaduan ini di seluruh negara dan berharap cadangan ini diterima," katanya ketika menghadiri sambutan Hari Perpaduan 2024 dan pelancaran buku Antologi Puisi: Jom Membina Jangan Membinasa, di sini, hari ini.

SARASWATHY (tengah) memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Wesley Methodist School Kuala Lumpur. FOTO Bernama
SARASWATHY (tengah) memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Wesley Methodist School Kuala Lumpur. FOTO Bernama

Sambutan Hari Perpaduan dan pelancaran buku itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami.

Turut hadir Sasterawan Negara ke-10 merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Anuar Redhwan; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengetua sekolah, Wong Chee Kheon.

Sementara itu, Ahmad Zaini berkata, NSTP juga menyokong cadangan berkenaan dan akan memberi sokongan dalam usaha menjayakan program perpaduan dengan gandingan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara.

"Pengisian program ini amat menarik kerana ia menerapkan semangat luar biasa kepada sesiapa yang hadir pada hari ini.

"NSTP akan memberi sokongan dan membantu dua kementerian berkenaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid di sekolah seluruh negara," katanya yang turut mendeklamasikan puisi bertajuk Satu Lagi, Irama Berbeza.

BUKU Anthologi Puisi-Jom Membina, Jangan Membinasa pada Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur. Buku Anthologi Puisi tersebut dihasilkan oleh guru dan juga pelajar Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur bersama beberapa penulis tempatan. FOTO Bernama

Sementara itu, Chee Kheon berkata, Buku Antologi Puisi: Jom Membina Jangan Membinasa yang mempunyai 309 halaman muka surat, dihasilkan oleh 69 pelajar, 33 guru dan 11 penyair kebangsaan.

"Program ini sudah menjadi tradisi di sekolah ini dengan hampir 200 pelajar mengambil bahagian dalam menterjemah perpaduan dalam persembahan seperti pidato, dikir barat, tarian dan bercerita," katanya.

Beliau berkata, buku berkenaan dijual di pasaran pada harga RM25 dan boleh didapati di sekolah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 4:38 PM
SARASWATHY (kiri) menghadiri Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Chun Wai (dua, kiri). FOTO Bernama
SARASWATHY (kiri) menghadiri Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Chun Wai (dua, kiri). FOTO Bernama
SARASWATHY  merasmikan Buku Anthologi Puisi-Jom Membina, Jangan Membinasa pada Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur. FOTO Bernama
SARASWATHY merasmikan Buku Anthologi Puisi-Jom Membina, Jangan Membinasa pada Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur. FOTO Bernama
PERSEMBAHAN dikir barat pelajar pada Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Wesley Methodist School Kuala Lumpur. FOTO Bernama
PERSEMBAHAN dikir barat pelajar pada Majlis Sambutan Hari Perpaduan 2024 di Wesley Methodist School Kuala Lumpur. FOTO Bernama