Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Polis Kontinjen Kuala Lumpur tidak ketinggalan menyambut Hari Sukan Negara (HSN) bagi menggalakkan perpaduan dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, sambutan HSN pada pagi ini dijayakan serentak di seluruh negara dan Polis Kuala Lumpur

juga tidak ketinggalan menyahut seruan itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah.

Meurutnya, ia juga dapat menggalakkan perpaduan dalam kalangan warga PDRM.

"Saya percaya melalui program seumpama ini, warga Polis Kuala Lumpur akan dapat menerapkan amalan budaya hidup sihat, cergas dan aktif serta meningkatkan kesihatan minda dan fizikal.

"Sesuai derngan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,' penganjuran hari sukan pada kali ini, Polis Kuala Lumpur turut menjemput masyarakat setempat untuk hadir bersama-sama dan memeriahkan lagi HSN peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada hari ini," katanya ketika berucap pada program itu.

ATLET olahraga PDRM membawa obor pada gimik pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara peringkat polis Kuala Lumpur. FOTO Saifullizan Tamadi
ATLET olahraga PDRM membawa obor pada gimik pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara peringkat polis Kuala Lumpur. FOTO Saifullizan Tamadi

Azmi berkata, ia secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi hubungan di antara PDRM dan semua lapisan masyarakat.

"Pengisian program pada pagi ini adalah kayuhan basikal, Brisk Walk (berjalan pantas) dan senamrobik yang membabitkan semua warga Polis Kuala Lumpur serta ahli keluarga, rakan-rakan kolaborasi serta masyarakat setempat di sekitar pekan Little India ini.

"Besarlah harapan saya khususnya warga Polis Kuala Lumpur akan terus bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti ini," katanya.

AZMI (depan) bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (barisan kedua, kiri) Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh (barisan ketiga, dua kiri) dan masyarakat setempat melakukan senamrobik pada pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara peringkat polis Kuala Lumpur. FOTO Saifullizan Tamadi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2022 @ 12:37 PM