Wan Omar Wan Abu Bakar, 50, dan anaknya, Wan Zulhairi Hafizi Wan Omar, 26, dari Kampung Manir menunjukkan ikan darat yang ditangkap di paya kering. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Wan Omar Wan Abu Bakar, 50, dan anaknya, Wan Zulhairi Hafizi Wan Omar, 26, dari Kampung Manir menunjukkan ikan darat yang ditangkap di paya kering. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Cuaca panas yang menyebabkan banyak paya kering memberi limpahan rezeki kepada penduduk Kampung Manir, di sini.

Penduduk, Wan Omar Wan Abu Bakar, 50, dan anaknya, Wan Zulhairi Hafizi Wan Omar, 26, menangkap lebih lebih 20 kilogram pelbagai jenis ikan darat seperti haruan, keli, selat, puyu dan tebakang dari kawasan paya yang kering itu.

Katanya, dia menangkap ikan menggunakan jala dan serkap di beberapa lokasi di sekitar Hulu Terengganu.

"Banyak paya kekeringan berikutan fenomena cuaca panas. Sebahagian ikan yang ditangkap hanya menggunakan tangan kerana terperangkap dalam lopak air cetek.

"Berkemungkinan besar jika cuaca panas berterusan sebulan lagi, paya dan alur air yang ada akan kering sepenuhnya," katanya kemarau yang dialami sekarang kali terakhir berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Katanya, sudah lama paya di kawasan itu tak kering menyebabkan dia dan anak tidak melepaskan peluang menangkap untuk dijual sekali gus mendatangkan rezeki sampingan.

"Saya dan anak turun ke paya dua kali sehari untuk mencari dan menangkap ikan. Selain untuk dimakan sendiri, dapat juga kami jual," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 10:23 AM