ALIRAN trafik mula bergerak perlahan pada 2.20 petang berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Aidilfitri, ketika tinjauan di Lebuhraya KL-Karak. FOTO Bernama
ALIRAN trafik mula bergerak perlahan pada 2.20 petang berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Aidilfitri, ketika tinjauan di Lebuhraya KL-Karak. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih bergerak perlahan pada 5 petang ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan jumlah kenderaan yang banyak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Beliau berkata, di LPT2 trafik bergerak perlahan dari Bukit Besi ke Paka dan di kawasan susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu.

"Lebuhraya PLUS dilaporkan sesak ke utara di Kulai menghala Sedenak, Bukit Gambir ke Layby Bemban, Pedas Linggi menghala Port Dickson dan Bandar Ainsdale ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban," katanya ketika dihubungi Bernama.

Akaun rasmi X PLUS Trafik pula memaklumkan terdapat kemalangan yang dilaporkan berlaku di Kilometer 135.5 arah selatan dari Pagoh ke Yong Peng (U), menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.

PLUS Trafik juga memaklumkan terdapat kesesakan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju Pusat Bandar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2024 @ 6:19 PM