Haji Zulkifli bertemu Gloria dan Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia di Brazil, Muhamad Muhaimin Azmi Haji Zulkifli bertemu Gloria dan Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia di Brazil, Muhamad Muhaimin Azmi
Haji Zulkifli bertemu Gloria dan Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia di Brazil, Muhamad Muhaimin Azmi Haji Zulkifli bertemu Gloria dan Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia di Brazil, Muhamad Muhaimin Azmi
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Kuala Lumpur: Usaha membeli tapak gereja untuk pembinaan masjid untuk untuk kegunaan penduduk minoriti di Brazil.

Itu antara usaha terbaru Muslim Care Malaysia (MCM) dalam menyebarkan dakwah menjangkau benua Amerika Selatan.

Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM) Zulkifli Wahijan, berkata, infaq Ramadan bagi pembinaan masjid di Imbituba, Santa Caterina, Brazil itu dapat membantu ramai umat Islam di negara berkenan.

"Pada masa ini ramai orang Islam di sana terpaksa mengunjungi gereja yang menyediakan kelas Bahasa Portugis dan lain-lain khidmat rujukan secara percuma.

"Atas faktor itu, mereka amat memerlukan masjid bagi mengelakkan mereka terus menjadikan gereja pusat rujukan dan aktiviti komuniti," katanya selepas meninjau bekas gereja untuk dijadikan masjid di Imbituba, Santa Caterina, Brazil ketika misi Dakwah dan Bantuan Ramadan di negara itu, baru-baru ini.

Zulkifli berkata, pihaknya memerlukan RM1 juta untuk membeli bekas gereja seluas 2,323 kaki persegi di tanah seluas 6,000 kaki persegi.

"InsyaAllah masjid baru itu nanti boleh digunakan lebih 200 keluarga Islam yang menghuni di tiga daerah iaitu Imbituba, Laguna dan Tubarao di Santa Catarina, Brazil," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini penduduk Islam di tiga daerah itu terpaksa berkereta sejauh lebih 80 kilometer ke Florianopolis untuk menunaikan solat Jumaat.

"Anak kapal dan pekerja pelabuhan yang terletak tidak sampai tiga kilometer dari situ, turut boleh memanfaatkan masjid yang bakal didirikan kelak.

Bangunan mahu dibeli utk dijadikan masjid di Brazil.
Bangunan mahu dibeli utk dijadikan masjid di Brazil.

"Selain pusat ibadah, ia akan turut menyediakan kelas Bahasa Portugis serta pusat maklumat untuk imigran Islam dari Palestin, Syria serta negara Afrika yang baru berhijrah ke situ," katanya.

Sementara itu Zulkifli dan pasukannya turut berkesempatan menemui duta Besar Malaysia ke Brazil, Tuan Yang Terutama (TYT) Gloria Corina Tiwet.

Beliau berkata, Gloria turut teruja apabila dimaklumkan MCM kini dalam proses membuka sebuah masjid di Imbituba, Santa Caterina, Brazil untuk kegunaan komuniti Islam di situ.

Perkembangan terkini dan maklumat mengenai MCM dimaklumkan kepada Gloria ketika kunjungan hormat delegasi MCM ke pejabat beliau di Brasilia.

Delegasi turut disertai Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein dan Pengerusi MCB, Hussein Abu Marzouq.

Turut serta, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Aminuraasyid Yatiban yang membuat kajian akademik mengenai penghijrahan penduduk Palestin ke Brazil.

"Saya berharap usaha pembinaan masjid di Brazil ini menjadi kenyataan bagi membantu umat Islam di sini. Orang Islam yang mahu menyalurkan infaq kepada MCM boleh menyumbang melalui pautan

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-pembelian-bekas-ger....

"Sumbangan juga boleh disalurkan kepada Muslim Care Malaysia (MCM) melalui akaun Maybank 564490413882 , Bank Islam 14014010147470 atau Bank Rakyat 1101744599 (BANK RAKYAT)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2024 @ 6:04 PM