DBKL menyita barangan peniaga martabak warga asing di di Jalan Tasik Selatan, Bandar Tun  Razak. FOTO ihsan DBKL
DBKL menyita barangan peniaga martabak warga asing di di Jalan Tasik Selatan, Bandar Tun Razak. FOTO ihsan DBKL
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Tindakan penjaja warga asing menjual martabak di Jalan Tasik Selatan, Bandar Tun Razak mengundang padah apabila diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, Jumaat lalu.

DBKL berkata, Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja bukan warga negara yang menjalankan perniagaan menjual martabak di Jalan Tasik Selatan.

"Antara barangan yang disita adalah satu unit tong gas, satu unit dapur gas, satu unit meja lipat, satu unit khemah dan satu unit kuali bulat.

"Kesemua barang sitaan dihantar di Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharha," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 3:01 PM