Borhan menjawab soalan berkaitan Rumah Selangorku pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. FOTO BERNAMA
Borhan menjawab soalan berkaitan Rumah Selangorku pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. FOTO BERNAMA
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Sebanyak 60,843 unit Rumah Selangorku sudah dilancarkan sehingga 31 Januari lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kebudayaan negeri Borhan Aman Shah.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 37,008 unit siap dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli, manakala baki 23,835 unit dalam pembinaan.

"Berdasarkan Belanjawan Selangor 2024, kerajaan negeri menetapkan 200,000 unit akan dibina menjelang 2029 dan kerajaan negeri menyasarkan 5,997 unit lagi akan siap dibina.

"Sebanyak 17,229 unit rumah pula akan memulakan pembinaan di lapangan dan bagi mencapai sasaran itu, pembinaan Kediaman Komersil seperti Pangsapuri Perkhidmatan Mampu Milik akan diambil kira," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Wisma DUN Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan R Rajiv (PH-Bukit Gasing) yang ingin tahu status pembinaan 200,000 Rumah Selangorku yang dijanjikan di dalam manifesto pilihan raya lalu.

Borhan juga memaklumkan, secara keseluruhan kerajaan negeri menjangkakan kira-kira 20 peratus Perumahan Harga Kawalan ditawarkan kepada orang awam untuk tahun ini sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2024 @ 1:14 PM