ANGGOTA Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran kereta Koo Ham yang dilontar dengan molotov cocktail, semalam. FOTO Bernama
ANGGOTA Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran kereta Koo Ham yang dilontar dengan molotov cocktail, semalam. FOTO Bernama
BERNAMA

Ipoh: Polis mendapatkan keterangan daripada tujuh individu berhubung kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini.

"Polis juga memantau dan meningkatkan rondaan di kawasan kediaman Ahli Parlimen itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan 'molotov cocktail' menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

Berita berkaitan:

Pemuda PN buat laporan polis terhadap Koo Ham

Beri ruang PDRM jalankan siasatan - Saifuddin

Bomba ambil 11 sampel

'Saya maafkan mereka yang bakar kereta, rumah saya' - Ngeh

Polis sahkan kediaman Ngeh Koo Ham dibaling 'molotov cocktail'

Rumah Ngeh dilontar 'molotov cocktail', DAP minta KDN, PDRM ambil perhatian serius

Rumah, 3 kereta Ngeh Koo Ham terbabit kebakaran

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2024 @ 12:49 PM