KEDIAMAN Ngeh di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar. FOTO Arkib NSTP
KEDIAMAN Ngeh di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Ipoh: Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, disahkan negatif dadah.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata, keputusan itu diperoleh hasil saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan yang ditahan pada Jumaat lepas.

Pada Jumaat, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata, lelaki itu ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira 4 pagi dan direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Semalam, Mohd Yusri turut mengesahkan lelaki berusia 30-an itu bukan ahli mana-mana parti politik dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan 'molotov cocktail' menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Berita berkaitan:

Polis tahan 1 lelaki di Shah Alam

Polis rakam keterangan 7 saksi

Pemuda PN buat laporan polis terhadap Koo Ham

Beri ruang PDRM jalankan siasatan - Saifuddin

Bomba ambil 11 sampel

'Saya maafkan mereka yang bakar kereta, rumah saya' - Ngeh

Polis sahkan kediaman Ngeh Koo Ham dibaling 'molotov cocktail'

Rumah Ngeh dilontar 'molotov cocktail', DAP minta KDN, PDRM ambil perhatian serius

Rumah, 3 kereta Ngeh Koo Ham terbabit kebakaran

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2024 @ 6:16 PM