Anggota bomba membantu mengangkat mayat lelaki warga emas yang ditemui terdampar di tebing pasir di Sungai Kedah. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota bomba membantu mengangkat mayat lelaki warga emas yang ditemui terdampar di tebing pasir di Sungai Kedah. FOTO IHSAN BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Lelaki warga emas ditemukan lemas di tebing pasir Sungai Kedah berhampiran sebuah restoran di Ampang Jajar, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat lelaki berusia 62 tahun itu ditemui terdampar pada 9 pagi.

Menurutnya, mayat terbabit dibawa naik dari atas tebing pasir sungai itu ke atas darat dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar.

"Siasatan awal mendapati mayat lelaki lengkap berpakaian tanpa identiti itu dipercayai bersangkut laporan polis di Alor Setar.

"Pengecaman mayat lelaki itu dilakukan oleh waris yang turut hadir di lokasi penemuan," katanya.

Katanya, mayat lelaki itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2023 @ 3:04 PM