Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan bangunan asrama dan dewan makan SK Kuala Abai, Kota Belud. FOTO Ihsan Bomba
Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan bangunan asrama dan dewan makan SK Kuala Abai, Kota Belud. FOTO Ihsan Bomba
Juwan Riduan


Kota Belud: Bangunan asrama dan dewan makan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abai, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Ketika kejadian warden asrama bersama keluarganya sempat keluar menyelamatkan diri dan tiada mangsa lain terbabit dalam kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Mohammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.18 petang.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

"Bangunan asrama sekolah dua tingkat dan dewan makan sekolah berkenaan terbakar sepenuhnya.

"Operasi dilaporkan terkawal pada 8.18 malam. Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 11:40 PM