SITI Nor Hasma (kiri) meninjau proses penghantaran barangan bantuan ke pangkalan hadapan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana JKM Pahang. FOTO Mohd Rafi Mamat
SITI Nor Hasma (kiri) meninjau proses penghantaran barangan bantuan ke pangkalan hadapan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana JKM Pahang. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang hampir selesai mengagihkan barangan keperluan ke 159 pangkalan hadapan di negeri ini sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula hari ini.

Pengarahnya, Siti Nor Hasma Mat Isa berkata, agihan secara berperingkat bermula awal bulan lalu membabitkan sembilan jenis makanan kering serta barangan keperluan asas.

Katanya, makanan kering mampu bertahan lebih seminggu bergantung pada jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Penghantaran seterusnya akan dilakukan sekiranya diperlukan terutama ketika banjir berlaku.

Katanya, pihaknya tidak boleh terlalu awal mengagihkan barangan ke kerana tindakan itu boleh menyebabkan barangan terbabit rosak.

"Untuk menghadapi Monsun Timur Laut kali ini JKM Pahang menerima peruntukan RM7.6 juta daripada kerajaan Pahang dan RM1.25 juta daripada kerajaan pusat.Bantuan berkenaan digunakan dalam pelbagai perkara terutama membabitkan bantuan makanan, keperluan asas dan pengurusan," katanya selepas melawat Depoh Simpanan Keperluan Bencana JKM Pahang, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 10:36 AM